Blogger myrepertoire: TEKNIK-TEKNIK PERMAINAN REKODER

Monday, 5 December 2011

TEKNIK-TEKNIK PERMAINAN REKODER



Selamat bertemu kembali. Kali ini saya akan berkongsi tips mengenai cara memegang, penjarian serta postur badan ketika bermain rekoder. 

TEKNIK MEMEGANG, POSTUR DAN PENJARIAN
Secara asasnya, terdapat lima teknik dalam permainan rekoder yang perlu dipraktikkan supaya dapat menghasilkan kualiti ton yang baik. Teknik-teknik tersebut ialah:

  • Postur
Postur badan memainkan peranan semasa meniup rekoder.  Kualiti ton yang baik akan terhasil daripada postur yang baik. Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa.  Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan.  Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.  Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder.  Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan ‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak. Rekoder juga boleh dimainkan secara berdiri dan duduk.

Postur ketika berdiri dan duduk


  • Embouchure
Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece).  Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder.  Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.



  • Penglidahan
Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan juga not tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.
Untuk not  tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah.  Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’.  Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup.  Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan.  Bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.


  • Pernafasan


Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal.  Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju dalah untuk meniup not tinggi.  Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.


  • Penjarian
Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder.  Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.  Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.  Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.  Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6.  Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking.

Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat.












Dengan mengaplikasikan teknik-teknik yang dinyatakan di atas secara betul, kualiti ton tiupan yang  dihasilkan akan lebih baik. Selamat mencuba...




No comments:

Post a Comment