Blogger myrepertoire: PENGENALAN KEPADA REKODER

Sunday 4 December 2011

PENGENALAN KEPADA REKODER


Hai, dalam penulisan kali ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai PERMAINAN REKODER. Permainan rekoder terkandung dalam unit pembelajaran bagi murid-murid tahap dua sekolah rendah.
Lazimnya, Pengajaran & Pembelajaran rekoder di sekolah rendah lebih berkisar kepada permainan rekoder soprano semata-mata. Murid-murid akan dilatih pelbagai teknik permainan sehinggalah bermain lagu lengkap. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai permainan rekoder. Selamat berkongsi...

KENAPA REKODER?
Menurut sejarah kuno, istilah rekoder diambil daripada perkataan “record” yang bermaksud “merakam” atau “bersiul seperti burung”. Rekoder dimainkan di seluruh dunia namun nama panggilannya adalah berbeza-beza mengikut Negara dan bahasa yang digunakan. Di German, rekoder disebut “Blockflӧte”(a flute with a wooden block), di Perancis ia dipanggil “Flûte á bec” (a flute with a beak), dan di Itali pula rekoder disebut “Flauto dolce” (a flute with a gentle sound).



JENIS_JENIS REKODER
Terdapat lapan jenis rekoder iaitu;
  • Small Sopranino
  • Sopranino
  • Soprano / Descant
  • Alto / Treble
  • Tenor
  • Bass
  • Great Bass
  • Contrabass
Keluarga Rekoder

Kesemua rekoder ini dibahagi kepada dua kumpulan iaitu;
  •  Not “C” sebagai not paling rendah
  • Not “F” Sebagai not paling rendah
Kumpulan Not paling rendah “C”
Kumpulan Not paling rendah “F”
        i.                                                             Small Sopranino
      ii.                                                           Soprano/Descant
    iii.                                                                           Tenor
     iv.                                                                  Great Bass
                                                                            Sopranino
                                                                          Alto/Treble
                                                                                      Bass
                                                                            Contrabass







BAHAGIAN-BAHAGIAN REKODER




Jenis Penjarian Rekoder


PENJAGAAN REKODER
  1. Bahagian utama yang perlu dijaga adalah pada sambungan setiap bahagian. Jika ia kotor atau berdaki atau sukar untuk dipulas, bersihkan bahadian tersebut dengan kain dan sapukan sedikit dengan gris (boleh didapati di kedai-kedai alat muzik).
  2. Jika bahagian sambungan terlalu kotor, basuh dengan air sekiranya rekoder tersebut diperbuat daripada plastic. AMARAN: JANGAN BASUH REKODER YANG DIPERBUAT DARIPADA KAYU.
  3. Rekoder perlu dijaga dengan rapi seperti alat-alat muzik yang lain. Elakkan daripada terjatuh atau tertimpa benda-benda yang berat kerana ia boleh mengurangkan kualiti bunyi.
  4. Pastikan suhu rekoder hampir sama dengan suhu badan sebelum dimainkan. Ia tidak sesuai dimainkan jika ia terlalu sejuk.
  5. Rekoder mudah tersumbat dengan air (air liur) dan ini menyebabkan ton bunyi yang terhasil agak kurang elok. Sekiranya ia berlaku, tutup bahagian hujung pemipit (lubang udara) dengan ibu jari dan hembus dengan kuat pada bahagian tetingkap udara untuk mengeluarkan air. Cara ini harus dilakukan dengan mencabut bahagian kepala terlebih dahulu.
  6. Sebelum bermain rekoder, pastikan mulut dalam keadaan bersih dan tangan sudah dicuci.

Baiklah, sampai di sini dulu untuk segmen pengenalan kepada REKODER. Kita akan bertemu lagi dalam segmen seterusnya nanti. Selamat membaca...


No comments:

Post a Comment